snow

Saturday, 30 May 2015

Poligami..

Assalamualaikum..
Tak perlu rasanya untuk saya mendefinisikan apa itu poligami? Tapi ingin sekali saya membahaskan isu poligami yang saya kira menjadi trauma besar dalam kalangan "perempuan/wanita" masa kini.. Trauma? Mungkin kurang sesuai saya katakan sebagai trauma kerana wanita Islam tidak menolak poligami TAPI tidak semua wanita kuat untuk berpoligami kerana apa? Kerana wanita tidak sanggup diduakan dan tidak rela kasih untuknya dibahagikan (alasan paling laris).. Tak perlu saya berbahas panjang hayati kisah saya,buka minda dan fikirkan..

Kisah saya : saya pernah dilamar oleh seorang yang bergelar 'suami' atau saya namakan beliau sebagai Adam (ganti nama kepada lelaki dan bukan nama sebenar). Adam adalah seorang lelaki islam yang memiliki kerjaya yang baik,ilmu agama yang baik serta perwatakan yang baik. Saya tidak menyatakan Adam tidak layak untuk berpoligami sebaliknya saya sendiri. Saya sama sekali tidak menolak poligami tetapi saya TIDAK SAMPAI HATI. Saya ada banyak alasan untuk itu.
Pertama : pada masa tu saya masih jahil tentang agama (tahu tentang agama tetapi tidak berusaha untuk mempraktiknya)Adam adalah lelaki yang baik2 sementara ketika itu pakaian saya saja masih tidak mengikut cara Islam, subhanAllah (doakan saya istiqamah dengan apa yang saya usahakan sekarang). Saya cuba ingat satu perkara "lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Mungkin saya bukan perempuan yang baik untuk Adam. Anda mungkin fikir, Adam boleh ubah saya menjadi perempuan yang baik2 kan? Okey,teruskan membaca alasan saya yang seterusnya..

Kedua : saya bukanlah wanita yang baik bahkan dibandingkan isteri Adam saya kurang segalanya,baik dari agama,paras rupa dan harta (berdasarkan 4ciri keutamaan mengikut Islam). Isteri Adam pastinya seorang wanita yang baik dan kelembutan diwajahnya membuatkan saya TIDAK SAMPAI HATI. Kerana apa? Kerana saya meletakkan diri saya di posisinya,saya tidak rela kasih dan cinta saya dibahagikan pada usia perkahwinan yang masih muda. Bahkan hampir semua perempuan akan kecewa jika dihadiahkan payung emas pada fasa pertama perkahwinan.. (Maaf jika saya silap). 

Ketiga : kerana saya wanita dan saya bercakap mewakili wanita. Wanita ingin disayangi,dilayan dengan baik dan dilindungi oleh insan bergelar 'suami'. Istilah disayangi itu sering kali dikaitkan dengan nilai keSETIAan, keIKHLASan dan keJUJURan jadi jika setia kenapa harus mendua? Jika ikhlas kenapa harus berpura2 dan jika jujur kenapa harus menipu!!! Ingat, isteri ingin disayangi.. (Aikkk, macam menolak poligami jerrrr) okey,teruskan dengan alasan keempat..

Keempat : saya tidak menolak poligami. Saya rela/redho jika saya ditakdirkan hidup bermadu tapi biarlah saya yang dimadukan. Maksudnya, saya TIDAK MAHU menjadi orang ketiga atau "perampas suami orang". Statement yang agak 'berani mati' tak perlulah saya panjang lebarkan.. (Seram sejuk saya dibuatnya)

Yang terakhir kerana saya belum bersedia untuk berumah tangga. Untuk alasan ini,saya tak perlu huraikan panjang lebar sebab alasan "tidak bersedia" bermaksud tak menepati syarat menjadi seorang isteri. So, tak boleh kahwin..hihihi
(Masa ni umur saya 21tahun).
***masih banyak alasan yang ingin saya suarakan tapi cukup sampai disini sebab takut di cop "banyak alasan" plak.. Faktor utama kegagalan adalah alasan (eh eh, okla motivasi sikit kan)

Sekali lagi saya tegaskan, SAYA TIDAK MENOLAK POLIGAMI.. Tapi nasihat saya untuk lelaki / suami, hargai isteri anda sebagaimana anda cuba mendapatkannya dahulu dan untuk poligami, pastikan anda tidak mengikut nafsu semata2.. Jika niat anda untuk "SUNNAH" biarlah ianya mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.

Take noted: kisah saya bermaksud kisah diri saya sendiri atau mungkin kisah kawan2 saya.. Hurmm untuk kes diatas, fikir2kan..

Saturday, 8 November 2014

SAHABAT SELAMANYA bab pertama..

sekarang sedang berlangsung upacara konvocation usm ke50, jubli emas katanya dan sambutan julung kalinya diadakan secara besar besaran. sayangnya, "not my turn".. tinggalkan angka 50 n move on untuk habiskan kursus semesta terakhir yang berbaki kurang 3bulan,, sangat excited untuk menamatkan pengajian dan meraikan hari bahagia berada dipentas DTSP in shaa ALLAH april 2015..
namun, kegembiraan yang dinanti sering diselang seli dengan kerinduan untuk meninggalkan universiti yang banyak mengajar aku erti "KEMANUSIAAN".. 
perkara pertama yang menari difikiran aku saat ini adalah kawan-kawan yang selayaknya bergelar sahabat. alhamdulillah, aku dikurniakan sahabat yang ramai di bumi minden bertuah ini. jeng jeng jeng mereka ialah ......... ( kalau aku tulis tak habis pulak entry ini)
dipendekkan cerita bab pertama, aku BAKAL merindui "suapan pertama untuk sahabat" satu kata yang sering dituturkan oleh seorang sahabat. ( wahhh terformal pulak, okey bertukar kepada mood santai) mereka adalah sahabat diRESTU, mereka adalah teman makan, teman tidoq, teman sembang, n teman 'prank' yang terbaik, sejujurnya mereka teman pertama semasa menjejakkan kaki di universiti, tanpa mereka siapalah aku ( woittt, gitu plak ) hehehehe gurau jer.. ok next CUBEMATE, apa yang dikatakan cermin tadi, nahhh dapat cubemate sempoii, sempoii la kita ye.. plus, susah nak cari ( limited ) cubemate yang selalu gaduh untuk turn beli 'dinner'.. 

ugly duckling ni hadiah bornday
dari sahabat diRESTU..
cayalah, sebab sama dengan
park jung min....hihihihi
selain ugly duckling ni, banyak pemberian sahabat diRESTU untuk saya n kalau nak share semua kat sini, maka basahlah pipi montel saya yang dah ditepek bedak, hahahahaha ( in shaa Allah, akan saya kongsikan di entry yang lain) ok tukar channel komedi.. 
terasa lenguh pulak tangan ni menaip sambil makan kismis ( dengan harapan ingatan saya tetap kuat pada kalian yang bergelar sahabat ).. 
oleh hal yang demikian, saya dengan rasa PENDEK diri nya tidak akan melupakan kalian semua
( 0.0 ) sekian rumusan bab pertama "SAHABAT SELAMANYA"..
bersambung..........

Friday, 10 October 2014

cinta ITU harus dijaga

Segalanya bermula dengan cinta,kita lahir juga atas dasar cinta Dari kedua ibu Dan bapa kita.. Bermula dengan cinta Dan akhirannya juga kembali kepada cinta..
Cinta tanpa kesucian adalah cinta yang sia2 kerna ia sama sekali tidak mendapat keredhoan sang pencipta yakni cinta yang kekal abadi.. Namun hari ini, kesucian pada cinta kian pudar warnanya dek kerakusan nafsu remaja yang lupa tujuan asal manusia sebagai khalifah dibumi yang hanya sementara hayatnya..
Aku aku Dan aku juga, aku menulis bukan untuk orang lain tapi peringatan untuk diri sendiri agar tidak terus lemas dalam lautan cinta cekraan manusia.. Aku redho Dan terima kasih ya Allah, hatiku dijaga dengan satu tittle "single"..

Jagalah kesucian cinta untuk insan bernama suami

Wednesday, 8 October 2014

aku sebuah jam dinding..

aku sebuah jam dinding..
Aku tak pernah tahu kehadiranku menarik minat si pemakai baju ungu, riwayatku berMula dengan sebuah kegembiraan kerana aku dipilih antara ratusan yang gah diruangan Kedai.. Tapi keriangan yang aku rasai suatu masa dahulu telah lenyap sekelip mata setelah tubuhku jatuh menyembah lantai.. Pappppp aku mengejutkan seluruh isi bilik,kini pemakai baju ungu sekali lagi menjamahku Dan buat Kali kedua badanku dihempas ke tong gelap berwarna hitam.. Aku keseorangan dengan badanku dipenuhi calar.. Aku bakal merindui pemakai baju ungu..

Tuesday, 7 October 2014

sakitnya aku menyukaimu..

Aku tak mampu untuk tersenyum tapi aku masih kuat untuk berpura2 bahagia, aku tak mampu untuk memiliki dia tapi aku masih berharap pada DOA.. Aku mungkin lemah tapi aku tidak sesekali mau tewas dengan mudah..

Tuesday, 30 September 2014

tempatku disisi kananmu..

Salam rabu yang indah..
Aku menulis tentang sahabat, secalit Catatan yang hanya ditujukan buat mereka yang faham erti sebuah persahabatan.. Sahabat buat aku tapi belum tentu sahabat buatmu.. Itulah cerita yang Cuba aku lakonkan..
Sahabat adalah insan terdekat Dan terakrab namun bagaimana pula kisahnya sahabat yang terpisah dek jarak sedepa? Sama istilahnya dengan cinta, sahabat tetap sahabat meskipun lautan yang memisahkan.. Aku mungkin bukan seorang sahabat yang baik,aku juga bukan sahabat yang setia berteman tak kira MASA tapi cukuplah kita menjadi sahabat yang sentiasa mendoakan,, aku mungkin masih ditakok lama sementara mereka yang digelar sahabat sudah dimenara, tapi percayalah aku tidak berada dibelakang kerana tempatku di sisi kananmu.. Insan yang akan memegang tanganmu saat kau merasa lemah Dan insan yang akan memelukmu lalu membiarkan bahunya kebasahan tatkala matamu kehujanan.. Sahabat, itu janjiku kepadamu..
Hadirnya seorang sahabat adalah daripada sekumpulan kawan dipesta keramaian..
##Aku mencari definisi sahabat dalam kembara sehari bersama sahabat 26 September yang lalu..thank Suhaila Dan teman seperjuangan di Usm..

kenangan vs masa depan...

" tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

mutiara kata bukan untuk dibaca tapi harus digilap agar kesuraman bertukar kerdipan. dari miss.enchanteur untuk anda, saya ada 2 cara :

1) tinggalkan kenangan silam dibelakang, sama seperti duduknya bayang-bayang. kenangan akan tetap setia bersandar kepada kita seperti bayang-bayang yang senantiasa mengikut langkah kaki ini. namun, jangan sesekali kita menjejaki bayang-bayang sendiri kerana kita sama sekali tidak mampu untuk itu. jadi, untuk apa kita bodohkan diri untuk menjejaki sesuatu yang tidak mungkin kembali kepada kita.. tinggalkan kenangan silam seperti kita berjalan tanpa mempedulikan bayang-bayang..

2) langkah seterusnya adalah 'move on'. tinggalkan kenangan silam dibelakang dan teruskan langkah kedua. melepasi langkah pertama adalah sukar, sama seperti pedihnya mendapat tikaman pertama. namun tikaman buat kali kedua dan seterusnya tidaklah sepedih tikaman yang pertama. ya! sukar dipermulaan namun jangan takut untuk "MEMULAKAN" dan hadapi kepedihan dengan masa.. 

pesanan untuk diri sendiri juga,, tidak perlu terus termenung mengingati kenangan semalam, sebaliknya mengambil pengajaran daripada peristiwa semalam untuk menjadi kuat pada masa hadapan.. 
#miss.enchanteur