entry yang selalu berbicara tentang cinta sebenarnya mangsa pembunuhan orang dicintainya..
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, "seorang pecinta adalah korban pembunuhan orang yang dicintainya, dia menjadi hamba yang tunduk dan hina dihadapannya"
aku terlalu yakin pengalaman mendewasakan sementara aku tewas dalam khayalan dan angan tentang masa lalu, sejarah tak harus dilupakan namun sejarah tak seharusnya dibayangi.. kekuatan demi kekuatan yang cuba aku tanam rupanya racun yang aku siram..
kegagalan dan kekecewaan tak pernah membangkitkan semangat dan perjuaganku mencari cinta! malah aku semakin tewas dan kelayuan dek herdikan dan penghinaan yang pernah dihadiahi oleh mereka yang aku cinta, ternyata aku korban pembunuhan mereka..
KINI,
biarpun aku pernah dihina, diherdik dan dicerca oleh mereka namun aku redho,bukan bererti aku tewas tapi bermakna aku percaya akan kekuasaanNya.. ternyata hanya DIA cinta yang kucari selama ini, sementara mereka hanya penguji keimanan dan ketaqwaanku.. in shaa Allah, semoga istiqamah..
snow
Tuesday, 24 December 2013
Sunday, 8 December 2013
LOVEagain..
aku pernah bercinta, aku pernah kecewa, namun mungkinkah sekali lagi aku menghampiri cinta?
persoalan yang tidak memungkinkan sebarang jawapan..
aku sering berkata, tiada istilah cinta pandang pertama kerna yang mungkin cuma bait-bait cinta pada pertemuan pertama.. silap siapa sekiranya aku jatuh cinta? (hahahahahaha) mengapa harus ada yang disalahkan sementara cinta tak memerlukan ruang dan masa untuk bertindak... arghhhhh, aku mangsanya!!!
aku hampir rebah namun aku bergantungan. aku hampir lemas namun aku berenang. aku tidak takut untuk tenggelam, bukan kerana aku punya baju keselamatan tapi kerana aku yakin airnya tidak terlalu dalam, NAMUN, aku hanya merancang kerna ketentuan adalah milik tuhan (Allah S.W.T).

Subscribe to:
Posts (Atom)