snow

Saturday, 8 November 2014

SAHABAT SELAMANYA bab pertama..

sekarang sedang berlangsung upacara konvocation usm ke50, jubli emas katanya dan sambutan julung kalinya diadakan secara besar besaran. sayangnya, "not my turn".. tinggalkan angka 50 n move on untuk habiskan kursus semesta terakhir yang berbaki kurang 3bulan,, sangat excited untuk menamatkan pengajian dan meraikan hari bahagia berada dipentas DTSP in shaa ALLAH april 2015..
namun, kegembiraan yang dinanti sering diselang seli dengan kerinduan untuk meninggalkan universiti yang banyak mengajar aku erti "KEMANUSIAAN".. 
perkara pertama yang menari difikiran aku saat ini adalah kawan-kawan yang selayaknya bergelar sahabat. alhamdulillah, aku dikurniakan sahabat yang ramai di bumi minden bertuah ini. jeng jeng jeng mereka ialah ......... ( kalau aku tulis tak habis pulak entry ini)
dipendekkan cerita bab pertama, aku BAKAL merindui "suapan pertama untuk sahabat" satu kata yang sering dituturkan oleh seorang sahabat. ( wahhh terformal pulak, okey bertukar kepada mood santai) mereka adalah sahabat diRESTU, mereka adalah teman makan, teman tidoq, teman sembang, n teman 'prank' yang terbaik, sejujurnya mereka teman pertama semasa menjejakkan kaki di universiti, tanpa mereka siapalah aku ( woittt, gitu plak ) hehehehe gurau jer.. ok next CUBEMATE, apa yang dikatakan cermin tadi, nahhh dapat cubemate sempoii, sempoii la kita ye.. plus, susah nak cari ( limited ) cubemate yang selalu gaduh untuk turn beli 'dinner'.. 

ugly duckling ni hadiah bornday
dari sahabat diRESTU..
cayalah, sebab sama dengan
park jung min....hihihihi
selain ugly duckling ni, banyak pemberian sahabat diRESTU untuk saya n kalau nak share semua kat sini, maka basahlah pipi montel saya yang dah ditepek bedak, hahahahaha ( in shaa Allah, akan saya kongsikan di entry yang lain) ok tukar channel komedi.. 
terasa lenguh pulak tangan ni menaip sambil makan kismis ( dengan harapan ingatan saya tetap kuat pada kalian yang bergelar sahabat ).. 
oleh hal yang demikian, saya dengan rasa PENDEK diri nya tidak akan melupakan kalian semua
( 0.0 ) sekian rumusan bab pertama "SAHABAT SELAMANYA"..
bersambung..........

Friday, 10 October 2014

cinta ITU harus dijaga

Segalanya bermula dengan cinta,kita lahir juga atas dasar cinta Dari kedua ibu Dan bapa kita.. Bermula dengan cinta Dan akhirannya juga kembali kepada cinta..
Cinta tanpa kesucian adalah cinta yang sia2 kerna ia sama sekali tidak mendapat keredhoan sang pencipta yakni cinta yang kekal abadi.. Namun hari ini, kesucian pada cinta kian pudar warnanya dek kerakusan nafsu remaja yang lupa tujuan asal manusia sebagai khalifah dibumi yang hanya sementara hayatnya..
Aku aku Dan aku juga, aku menulis bukan untuk orang lain tapi peringatan untuk diri sendiri agar tidak terus lemas dalam lautan cinta cekraan manusia.. Aku redho Dan terima kasih ya Allah, hatiku dijaga dengan satu tittle "single"..

Jagalah kesucian cinta untuk insan bernama suami

Wednesday, 8 October 2014

aku sebuah jam dinding..

aku sebuah jam dinding..
Aku tak pernah tahu kehadiranku menarik minat si pemakai baju ungu, riwayatku berMula dengan sebuah kegembiraan kerana aku dipilih antara ratusan yang gah diruangan Kedai.. Tapi keriangan yang aku rasai suatu masa dahulu telah lenyap sekelip mata setelah tubuhku jatuh menyembah lantai.. Pappppp aku mengejutkan seluruh isi bilik,kini pemakai baju ungu sekali lagi menjamahku Dan buat Kali kedua badanku dihempas ke tong gelap berwarna hitam.. Aku keseorangan dengan badanku dipenuhi calar.. Aku bakal merindui pemakai baju ungu..

Tuesday, 7 October 2014

sakitnya aku menyukaimu..

Aku tak mampu untuk tersenyum tapi aku masih kuat untuk berpura2 bahagia, aku tak mampu untuk memiliki dia tapi aku masih berharap pada DOA.. Aku mungkin lemah tapi aku tidak sesekali mau tewas dengan mudah..

Tuesday, 30 September 2014

tempatku disisi kananmu..

Salam rabu yang indah..
Aku menulis tentang sahabat, secalit Catatan yang hanya ditujukan buat mereka yang faham erti sebuah persahabatan.. Sahabat buat aku tapi belum tentu sahabat buatmu.. Itulah cerita yang Cuba aku lakonkan..
Sahabat adalah insan terdekat Dan terakrab namun bagaimana pula kisahnya sahabat yang terpisah dek jarak sedepa? Sama istilahnya dengan cinta, sahabat tetap sahabat meskipun lautan yang memisahkan.. Aku mungkin bukan seorang sahabat yang baik,aku juga bukan sahabat yang setia berteman tak kira MASA tapi cukuplah kita menjadi sahabat yang sentiasa mendoakan,, aku mungkin masih ditakok lama sementara mereka yang digelar sahabat sudah dimenara, tapi percayalah aku tidak berada dibelakang kerana tempatku di sisi kananmu.. Insan yang akan memegang tanganmu saat kau merasa lemah Dan insan yang akan memelukmu lalu membiarkan bahunya kebasahan tatkala matamu kehujanan.. Sahabat, itu janjiku kepadamu..
Hadirnya seorang sahabat adalah daripada sekumpulan kawan dipesta keramaian..
##Aku mencari definisi sahabat dalam kembara sehari bersama sahabat 26 September yang lalu..thank Suhaila Dan teman seperjuangan di Usm..

kenangan vs masa depan...

" tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

mutiara kata bukan untuk dibaca tapi harus digilap agar kesuraman bertukar kerdipan. dari miss.enchanteur untuk anda, saya ada 2 cara :

1) tinggalkan kenangan silam dibelakang, sama seperti duduknya bayang-bayang. kenangan akan tetap setia bersandar kepada kita seperti bayang-bayang yang senantiasa mengikut langkah kaki ini. namun, jangan sesekali kita menjejaki bayang-bayang sendiri kerana kita sama sekali tidak mampu untuk itu. jadi, untuk apa kita bodohkan diri untuk menjejaki sesuatu yang tidak mungkin kembali kepada kita.. tinggalkan kenangan silam seperti kita berjalan tanpa mempedulikan bayang-bayang..

2) langkah seterusnya adalah 'move on'. tinggalkan kenangan silam dibelakang dan teruskan langkah kedua. melepasi langkah pertama adalah sukar, sama seperti pedihnya mendapat tikaman pertama. namun tikaman buat kali kedua dan seterusnya tidaklah sepedih tikaman yang pertama. ya! sukar dipermulaan namun jangan takut untuk "MEMULAKAN" dan hadapi kepedihan dengan masa.. 

pesanan untuk diri sendiri juga,, tidak perlu terus termenung mengingati kenangan semalam, sebaliknya mengambil pengajaran daripada peristiwa semalam untuk menjadi kuat pada masa hadapan.. 
#miss.enchanteur


Saturday, 21 June 2014

muslimah bermaruah..

Rasulullah s.a.w bersabda :
"dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
(HR muslim)

dulu, ustazah selalu berpesan supaya menutup aurat, menjaga solat, membaca al-quran dan banyak lagi. namun itu dulu. sekarang segalanya dah berubah. budaya popular semakin menjadi ikutan, fesyen islamik dianggap ketinggalan ( subhanAllah ) manusia itu mudah lupa. lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. bahkan lupa tugas-tugas manusia di muka bumi Allah..
"fesyen ohh fesyen"
fesyen menjadi fenomena semasa dalam kalangan wanita. namun mengapa fesyen menjadi dalang yang menghancurkan impian wanita bergelar wanita solehah? hakikatnya jangan salahkan fesyen. sebaliknya lihat diri sendiri, betulkah etika dan cara kita berfesyen?
sahabat,,
moh la kita, "to be MUSLIMAH BERMARUAH"



Friday, 6 June 2014

saat dukacita..

hari demi hari banyak mengajar aku tentang cinta, jika sebelum ini aku sering mengajak teman-teman mendengar coretan cinta berbau hiba tapi kali ini aku tersenyum saat aku menulis tentang cinta sementara dukacita yang aku rasa..
ternyata saat dukacita itu hebat. yang jelas dukacita mengajak aku lebih mengenal Dia ( Ya Tuhan ) kerana saat2 kesedihan itu membuat aku lebih dekat bahkan aku mampu melihat kedudukan Dia dihati ini.. benar,, saat kita diuji dengan sebuah kesakitan, saat kita rebah, tersungkur, terhimpit bahkan terduduk. sebenarnya saat yang tepat untuk kita berpaling tapi apakah dekatnya kita dengan Dia tika ditimpa musibah dan hiba semata-mata?
jawapannya, " apa khabar imamku hari ini?"
ada ketika kita sibuk menanyakan khabar si dia yang kita suka tapi kita lupa untuk mengubati kesakitan sendiri.

p/s
: cinta manusia itu jodoh. jodoh yang telah Allah s.w.t tetapkan buat kita (didunia mahupun diakhirat). namun, layakkah kita mencari cinta manusia tanpa kita melalui bait-bait cinta maha pencipta. 

: cintalah diri sendiri sebelum mencintai si dia.
dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah s.a.w, bersabda Nabi s.a.w : 
"Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri"

: BERUSAHALAH, untuk perkara berkaitan jodoh. berusaha perbaiki diri menjadi yang lebih baik, perbaiki hati dan imam. In shaa Allah jodoh yang datang dan perkahwinan yang terbina diredhoi dan berlandaskan Islam.

miss.Enchanteur yang baru..

"entry yang dulunya ditulis dengan tangisan, kini entry baru digarap dengan senyuman"
selamat kembali miss.Enchanteur yang baru..

Monday, 24 March 2014

cinta husna..

manusia ada cara mereka untuk mengespresiasikan cinta.. ada manusia yang rakus terhadap cinta namun ada pula manusia yang "just follow the flow", mereka bukan lemah bukan pula mereka mengalah namun cinta mereka ikhlas.. mengapa?
mereka takut untuk kehilangan insan yang mereka sayang sehingga mereka sanggup membiarkan orang yang mereka sayang tidak membicarakan soal hati dan perasaan.. memiliki bukanlah segala-galanya dalam cinta,, menghayati cinta itu lebih bermakna dan terasa berharga.. mereka kelihatan lemah namun cinta secara diam-diam lebih baik dari terang-terangan menyatakan cinta sementara jodoh masih menjadi rahsia,, akhirnya manusia kecewa kerna cinta manusia tak mungkin seagung cinta suci pada maha sang pencipta..
sahabatku hawa, jangan malu untuk mengaku "single" kerana Allah sedang menjagamu untuk tidak lagha dengan cinta yang sia-sia.. in shaa Allah,, persiapkan dirimu, jagalah akhlakmu, dan hiasi imammu sebelum PERNIKAHAN menjemputmu..

Sunday, 2 March 2014

nasibku berteman dengan perompak

pertemuan telah ditetapkan namun pilihan untuk berteman ada ditangan kita, kekadang lebih memeritkan bila teman yang disapa ternyata perompak yang tak diduga namun hendak disalahkan kepada siapa sementara kita yang menentukan  segalanya..  
~parahnya berteman dengan si perompak~
kisah kita : pertemuan yang telah mencecah 4bulan ternyata meninggalkan banyak kesan kenangan meskipun hanya satu pertemuan yang tercipta antara kita,, dasyatnya hubungan persahabatan ini.. (persahabatan? entah la ) walaupun tidak bertentang mata tapi bayangan mu telah cukup menikam sukma, sementara gambarmu telah cukup mengelisahkan dada.. arghhhhhh apa pula kaitnya hubungan persahabatan ini dengan perompak? jawapannya,, ya jelas sekali perompak itu adalah dia, seorang yang bergelar sahabat sebenarnya secara terang telah mencuri hati ini ( melakukan kegiatan mencuri secara terang-terangan adalah merompak kan ) mungkinkah dia sedar atau mungkinkah tidak!!!
 cinta itu rezeki, seharusnya ia dihargai..
 kerana cinta saya memilih untuk tidak bersama : saya takut kehilangan awak seandainya ada ikatan istimewa antara kita, biarlah jodoh yang mengikat kita sampai saatnya tiba..

Monday, 10 February 2014

who i am..

salam perkenalan...
aku ni comot orangnya, miss.spek namanya...
punya mimpi yang tak ada dalam realiti,
tapi yang pasti aku punya dia yang menemani sepi..
hadirnya bagai mimpi,
namun mimpi dalam realiti....
dia menyempurnakan hati ini,
membawa pergi segala duka hati,
menganti dengan cinta yang berseri,
hidup ini berubah kini,
berseri dalam sebuah cinta mesteri,
mesteri bukan kerana duka di hati,
tetapi mesteri dengan perasaan ini,
perasaan yang terpahat dihati....
satu rasa yang dirasai,
penuh kasih yang mewangi,
penuh mimpi dalam realiti,
bersama sekeping hati yang suci....

no couple until akad..

biarpun tiada kenangan indah yang bisa manjadi bait-bait cinta antara kita namun pertemuan yang disusuli perkenalan yang kian subur dengan kemanisan ternyata makin menjerat perasaan dan naluri hati ini.. pertemuan pertama kali ternyata telah mempengaruhi diri untuk tidak melenyapkan memori yang telah kita cambah selama tiga hari.. indahnya cinta yang dirasai hanya mampu dipendami tanpa perlu ianya disemai apalagi dibajai, kerna aku memilih bahagia sepanjang masa tanpa perlu kita bersama dibandingkan bahagia bersama namun belum tentu hujung pangkalnya..

biarlah cinta ini kekal sebagai kawan sehingga jodoh mendatang..


be STrong..

berhabuk dinding entry yang lama tidak dikunjungi..
banyak yang ingin dikongsi namun tak semua mampu mengisi entry, sekadar kata yang tidak langsung bermakna buat sesiapa yang membaca namun hati yang merasa bagai tak tertanggung derita yang kian bara dan membara...  cerita cinta yang masih pada halaman pertama telah menjadi ending dengan tidak semena-mena, bukan kita menyerah sebaliknya kita kalah, bukan kita lelah tapi kita lemas..
kisah kita : dianugerahkan cinta yang sekian lama tiada menemani sepi-sepi masa, namun hadirnya cinta tidak tepat pada usia, cinta yang hadir sekadar dilihat tanpa sempat disentuh apalagi didakap.. cinta anugerah terindah, tanpa cinta sebenarnya aku pasrah namun aku redho, jodoh itu rahsia tapi aku percaya cinta antara kita ada walau secebis cuma,, hadirku mengindah malam yang suram tak berbintang,sementara hadirmu menyinari siang redup dek kehujanan..

awak tak kejam sebab saya cinta kan awak bukan kerna awak tapi kerana hati saya sendiri
..cinta ini terlalu berat untuk ditanggung sendirian..

Saturday, 11 January 2014

fantasi itu aku...

kekadang cinta memang tak harus dikatakan. dan cintaku ini bakal aku simpan di dalam hati. menemani hari-hariku dan semoga bisa menjadi semangatku dalam belajar dan berkarya,seperti selama ini aku lakukan. (pipiek isfianti_pada suatu hari)
seungkap kata dari sebuah kumpulan cerpen ilmiah yang mengisarkan tentang perasaan cinta, kehebatan cinta yang dirasakan tak seharusnya diungkapkan, kewujudan cinta seharusnya tak perlu disuarakan, biarkan saja ia terus menjadi rahsia yang mampu membuat sang pencinta merasa gembira meskipun kegembiraan itu adalah fantasi mimpi diatas kegembiraan si dia bersama kekasihnya..
ada yang pernah menganggap kami sedang bermimpi di siang hari, katanya, wajah kami cukup beremosi, khayalan kami seolah kami menumpang didunia realiti sementara fantasi adalah duniawi milik kami,, (aku hanya mampu tersenyum dengan itu ) fantasi itu mimpi, mimpi yang sering membuat manusia biasa terbang diangkasa raya, mimpi yang akan membuat cinta yang tak mungkin bersama bersatu dalam 'ballon' pengungkapan sang pencinta..

yang ditunggu bukanlah kekasih hati
kisah aku : cinta itu tak seharusnya datang, bahkan aku merelakan sekiranya cinta itu pulang namun yang tak mampu aku buang adalah perasaan yang terpendam,, ( tidak menipu dan tak ditipu )..  

Friday, 10 January 2014

secebisLuahan..

sakitnya hati bila kasih seolah-olah tak dihargai,
pedihnya rasa bila jiwa terasa diduga,
sakitnya pedihnya sunggu tak terhingga...
andai suatu ketika diri ini sudah tiada,
kenangilah segala memori tika kita masih bersama,
ingatilah setiap langkah kecil kita,
dan hayatilah bait-bait mesra madah cinta lama..

mungkin ketika bersama segalanya dianggap biasa cuma,
tapi, andai masa memisahkan kita,
past kau bakal mengerti segala-galanya,
memahami akan sebesar mana cinta antara kita..
tapi tika itu, mungkin segalanya telah berakhir,
kau dan aku mungkin tak lagi bersama,
cinta antara kita mungkin saja sudah tiada,
namun yang tetap bersama cuma kenangan sebuah cinta yang luar biasa...
tapi,
kalam yang tertulis tak siapa menjangka,
mungkin tertulis jodoh antara kita..
" sebelum segalanya terlambat hargailah dia yang ada didepan mata, jangan sesekali toleh kebelakang, kerana dibelakang mungkin tidak sehebat yang kita miliki sekarang"

kutinggalkan kenangan..

kenangan, 
kenangan adalah suatu yang bermakna, suatu yang diingati, suatu yang dinikmati....
kenangan mematangkan manusia,kenangan merubah kita, namun, kenangan hanya tinggal kenangan....
nilai sebuah kenangan, kenangan adalah sejarah hidup, asal usul, dimana pijak ini pada awalnya bertapak....
merungkai kenangan lama, teringat aku pada kisah bersama si dia, siapakah dia? dia insan yang ku cinta...
kekadang kenangan dirasakan begitu pahit, kelat untuk ditelan, kesat untuk dimamah, namun, segalanya adalah kenangan, sejarah hidup kita, apa pun tetap aku terima....
suatu ketika, kenangan terulang kembali, namun yang pasti, bukan dengannya lagi...
kenangan itu biarlah bernisan di lembaran 2013, tanpa perlu aku mengungkapnya lagi, biarlah semuanya berlalu pergi..