snow

Saturday, 30 May 2015

Poligami..

Assalamualaikum..
Tak perlu rasanya untuk saya mendefinisikan apa itu poligami? Tapi ingin sekali saya membahaskan isu poligami yang saya kira menjadi trauma besar dalam kalangan "perempuan/wanita" masa kini.. Trauma? Mungkin kurang sesuai saya katakan sebagai trauma kerana wanita Islam tidak menolak poligami TAPI tidak semua wanita kuat untuk berpoligami kerana apa? Kerana wanita tidak sanggup diduakan dan tidak rela kasih untuknya dibahagikan (alasan paling laris).. Tak perlu saya berbahas panjang hayati kisah saya,buka minda dan fikirkan..

Kisah saya : saya pernah dilamar oleh seorang yang bergelar 'suami' atau saya namakan beliau sebagai Adam (ganti nama kepada lelaki dan bukan nama sebenar). Adam adalah seorang lelaki islam yang memiliki kerjaya yang baik,ilmu agama yang baik serta perwatakan yang baik. Saya tidak menyatakan Adam tidak layak untuk berpoligami sebaliknya saya sendiri. Saya sama sekali tidak menolak poligami tetapi saya TIDAK SAMPAI HATI. Saya ada banyak alasan untuk itu.
Pertama : pada masa tu saya masih jahil tentang agama (tahu tentang agama tetapi tidak berusaha untuk mempraktiknya)Adam adalah lelaki yang baik2 sementara ketika itu pakaian saya saja masih tidak mengikut cara Islam, subhanAllah (doakan saya istiqamah dengan apa yang saya usahakan sekarang). Saya cuba ingat satu perkara "lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Mungkin saya bukan perempuan yang baik untuk Adam. Anda mungkin fikir, Adam boleh ubah saya menjadi perempuan yang baik2 kan? Okey,teruskan membaca alasan saya yang seterusnya..

Kedua : saya bukanlah wanita yang baik bahkan dibandingkan isteri Adam saya kurang segalanya,baik dari agama,paras rupa dan harta (berdasarkan 4ciri keutamaan mengikut Islam). Isteri Adam pastinya seorang wanita yang baik dan kelembutan diwajahnya membuatkan saya TIDAK SAMPAI HATI. Kerana apa? Kerana saya meletakkan diri saya di posisinya,saya tidak rela kasih dan cinta saya dibahagikan pada usia perkahwinan yang masih muda. Bahkan hampir semua perempuan akan kecewa jika dihadiahkan payung emas pada fasa pertama perkahwinan.. (Maaf jika saya silap). 

Ketiga : kerana saya wanita dan saya bercakap mewakili wanita. Wanita ingin disayangi,dilayan dengan baik dan dilindungi oleh insan bergelar 'suami'. Istilah disayangi itu sering kali dikaitkan dengan nilai keSETIAan, keIKHLASan dan keJUJURan jadi jika setia kenapa harus mendua? Jika ikhlas kenapa harus berpura2 dan jika jujur kenapa harus menipu!!! Ingat, isteri ingin disayangi.. (Aikkk, macam menolak poligami jerrrr) okey,teruskan dengan alasan keempat..

Keempat : saya tidak menolak poligami. Saya rela/redho jika saya ditakdirkan hidup bermadu tapi biarlah saya yang dimadukan. Maksudnya, saya TIDAK MAHU menjadi orang ketiga atau "perampas suami orang". Statement yang agak 'berani mati' tak perlulah saya panjang lebarkan.. (Seram sejuk saya dibuatnya)

Yang terakhir kerana saya belum bersedia untuk berumah tangga. Untuk alasan ini,saya tak perlu huraikan panjang lebar sebab alasan "tidak bersedia" bermaksud tak menepati syarat menjadi seorang isteri. So, tak boleh kahwin..hihihi
(Masa ni umur saya 21tahun).
***masih banyak alasan yang ingin saya suarakan tapi cukup sampai disini sebab takut di cop "banyak alasan" plak.. Faktor utama kegagalan adalah alasan (eh eh, okla motivasi sikit kan)

Sekali lagi saya tegaskan, SAYA TIDAK MENOLAK POLIGAMI.. Tapi nasihat saya untuk lelaki / suami, hargai isteri anda sebagaimana anda cuba mendapatkannya dahulu dan untuk poligami, pastikan anda tidak mengikut nafsu semata2.. Jika niat anda untuk "SUNNAH" biarlah ianya mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.

Take noted: kisah saya bermaksud kisah diri saya sendiri atau mungkin kisah kawan2 saya.. Hurmm untuk kes diatas, fikir2kan..