snow

Friday, 25 October 2013

wHat 1s l0vE..

cinta itu buta! cinta itu pekak! cinta itu bisu!
cinta tak sama sekali bersalah namun sering kali disalahkan,,
mengapa???
kerana manusia sering takut dengan cinta..tak bererti manusia itu tak ingin bercinta namun takutnya manusia pada cinta itu kerana cinta itu sering menipu manusia, sering kali cinta menyebabkan manusia itu menderita dan sakit jiwa.. namun sesakit dan seperit manapun cinta itu, manusia tak puas mencuba untuk merasakan cinta, namun sesekali manusia gagal, cinta yang disalahkan kerana manusia sering lupa, sebenarnya manusia yang melakonkan cinta!!

mengapa cinta itu buta?
~ kerana cinta tak mengenal usia, 
usia yang hanya terletak pada angka, atau sebenarnya adakah manusia itu tidak pandai mengira? (HAHAHA)

..cinta seharusnya dijaga, dibelai dan dipelihara bukannya disalahkan sesekali kita merasa kecewa..
hargailah anugerah cinta

entry ini banyak meninggalkan tanda tanya, bukan kerana aku hilang kata-kata namun tanganku kaku untuk menipu cinta apa adanya

Friday, 18 October 2013

mASa..

sesaat berharga bila kematian memisahkan manusia..
setahun lebih bermakna bila banyak kenangan yang tercipta..
segalanya dan semuanya adalah demi MASA! MASA yang mengaturkan segalanya, sementara kita menjadi pelakonnya..
MASA membawa manusia mengembara namun manusia kekadang lupa masa itu sentiasa terdetik tanpa sesaaat kembali ke belakang! namun sesaat yang dibazirkan pasti memakan masa yang lama untuk dikesalkan sekiranya sesaat yang dibazirkan mampu menoreh luka yang panjang..
namun ada pula manusia yang bergantung harap pada masa tanpa sedikitpun mencuba untuk merubah segalanya.. masa itu sering mencemburui manusia, oleh itu manusia harus bijak menguruskan masa.. masa bukan untuk dibazirkan namun masa harus dimanfaatkan.. sesaat mungkin lebih bermakna dari sejam yang mendatang..
..masa itu dihargai, bukan untuk dibaziri..

cinta kita : cinta juga perlukan masa, namun bagaimana cinta itu memanfaatkan masa bergantung manusia..
bermula dari proses wujudnya cinta, sehinggalah berakhirnya sebuah cinta, segalanya seiring dengan pengerakan MASA!
bagaimana??
~wujudnya cinta itu mungkin cinta pandang pertama namun ada pula cinta yang terlahir setelah sekian lama bersama..
bagaimana pula akhiran sebuah cinta??
~ada manusia yang mudah melupakan cinta, namun ada pula yang memerlukan masa yang lama untuk melupakan cinta..
masa adalah ubat terbaik untuk merawat lukaCINTA



diBENCI

kubiarkan cinta mencariku kerana aku tak mampu mencari cinta lagi
ingin diluahkan namun perit tak tertahan bila diingatkan!!
why???
mungkin dia lupa atau mungkin juga dia sengaja,, menoreh kembali luka yang lama bernanah dimamah usia, namun wajarkah dia saja yang disalahkan? mungkin juga aku kerana terlalu sakit ketika ditembak dengan kejian dan tomahan! aku manusia biasa yang juga dilahirkan dengan pelbagai rasa dan jiwa yang penuh kelembutan meskipun senyuman sedaya cuba aku lakarkan.. aku lebih rela mengangap kau lupa dari mengingati kau sengaja! mengapa?
kerana sedikitpun tidak aku menyangka, lelaki yang selama ini aku suka dan cinta, mampu membenci diri ini dengan sekelip mata! andai pernah ada cinta, mana mungkin kau mampu menuturkan kata2 keji semudah mengukir janji yang sekian lama terkubur tanpa nisan..
sedikit dendam tidak aku tanam kerana cinta itu tak perlukan paksaan namun satu pintaku wahai insan yang pernah bergelar teman,, sebenci manapun kau terhadapku,, tahan perasaan itu, jangan sampai semua orang tahu, sesungguhnya aku malu!!!!

Tuesday, 8 October 2013

benciSETELAHcinta

andai kata-kata ini mampu aku suarakan!!
hubungan cinta yang penuh dengan kenangan mengusik jiwa, membuat semua orang cemburu dengan ikatan kita, kasih dan sayang yang sama-sama kita rasa, AKHIRNYA??terputus jua..  namun perpisahan tak langsung bererti cinta harus berubah benci namun mengapa manusia terlalu mudah melupai janji? ketika bercinta segalanya manis belaka, tiada racun yang mencemari taman, bunga cinta harum tanpa layu sepanjang musim berlalu namun setelah satu salah faham, taman yang dulunya harum berubah tasik cetek kehitaman.. mengapa?kerana dendam manusia yang tiada titik pangkalnya!namun mengapa kita masih berusaha  untuk kembali bersama disaat si dia sudah mersa cuak dengan kita?    
BENGONG! hanya satu kata yang wajar untuk diri sendiri!!!!!!



aku susah menyayangi namun lebih payah melupai, 
aku lebih rela dilupai, dari terus dibenci, 
namun segalanya hanya pintaku, 
kenyataannya tak begitu!!!

Wednesday, 2 October 2013

pELak0Nc!NtA..

keputusan yang benar adalah apabila kita redho, kita yakin bahawa setiap yang kita tinggalkan akan diganti dengan sesuatu yang lebih berharga, namun jangan sesekali tamak dalam berurus niaga dengan manusia kerana pilihan sentiasa ada dua, sama ada kita memilih atau kita dipilih, jawapannya tetap serupa!!
sama ada memilih pilihan pertama atau pilihan kedua,, segalanya telah tersurat dengan kemas oleh kalam manusia, namun jangan terlalu yakin kejayaan akan segera kita capai sebelum usaha kita seiring bersama..
TAPI, ramai yang berpandangan pilihan itu diiringi cinta dan minat kita..namun aku berbeza, cinta dan minat adalah perasaan, perasaan yang kekadang sebenarnya nafsu.. oleh itu, tak penting untuk membahaskan tentang cinta kerana dimana-mana dan dalam apa jua keadaan pun, cinta boleh diputik.. in shaa Allah..
cinta kekadang bermula dengan kepura-puraan sehingga akhirnya kita merasakan sebenar-benar cinta.. 

moral of the picture : tak semestinya pilihan kita salah!! chaiyok3

Tuesday, 1 October 2013

pENgEm!s iLmu..

aku tidak mampu menyusun kata-kata indah para sasterawan kerana aku hanya ahli sastera picisan yang belum lagi punya sekeping ijazah apalagi kedoktoran..

kata-kataku kaku, 
tak bermakna dan langsung tak berharga, 
aku bukan sasterawan bukan pula sejarawan, 
namun aku pengemis yang menagih ilmu sebagai tatapan dek kelaparan
tapi aku lupa, 
ilmu itu harganya lebih bernilai,
tidak mampu untuk aku membayarnya..
KERANA,
aku pengemis kemiskinan DAN KAU PULA hartawan ilmuan..

please answer my question

tEman daN lawaN..

lama benar blog ini tidak aku bajai, tandus tanah tak kebasahan, kontang dahan hampir rebah, sayup malap daun tak berbuah, suram kelam bunga tak berwarna.. kemana penghuninya? tetap memerhati miss.enchanteur dari kejauhan namun hati berat untuk menyusun kata meluah segala yang tersebak dijiwa..
terlakar sebaris senyuman namun
dihati sebak seganang lautan

aku rebah namun banyak tangan yang berpegangan,
aku ghairah meskipun darah sudah berlumuran,
akhirnya aku kalah kerana percaya kata-kata pihak lawan..
***segalanya bermasalah setelah dia menjadi lawan.. 

mr.Enchanteur

walaupun jarak hati kita dah semakin jauh tapi saya tak pernah lupakan awak,, sebab?
saya tahu, kita pisah bukan kerana kita dah saling membenci TETAPI keadaan awak yang mendesak..

kisah kita : cinta itu bermula dan berakhir tanpa dapat diduga sehinggalah tirai percintaan dilabuhkan, baru kita sedar yang sebenarnya cinta itu sentiasa ada bersama kita meskipun kita tak lagi memiliki hati si dia, kerana dalam keadaan cinta, kita sebenarnya lupa dan tak mengenal siapa kerana separuh jiwa kita sudah berada dialam kedua iaitu dunia khayalan yang penuh dengan impian dan harapan.. namun sekali harapan dan impian musnah, kekecewaan akan segera menghampiri kita dan bersorak penuh gembira dek kehancuran sebuah cinta. oleh itu, jauhi kekecewaan dengan sebuah keikhlasan dan kepercayaan.. in shaa Allah..

waiting ----> mr.Enchanteur