snow

Friday, 18 October 2013

diBENCI

kubiarkan cinta mencariku kerana aku tak mampu mencari cinta lagi
ingin diluahkan namun perit tak tertahan bila diingatkan!!
why???
mungkin dia lupa atau mungkin juga dia sengaja,, menoreh kembali luka yang lama bernanah dimamah usia, namun wajarkah dia saja yang disalahkan? mungkin juga aku kerana terlalu sakit ketika ditembak dengan kejian dan tomahan! aku manusia biasa yang juga dilahirkan dengan pelbagai rasa dan jiwa yang penuh kelembutan meskipun senyuman sedaya cuba aku lakarkan.. aku lebih rela mengangap kau lupa dari mengingati kau sengaja! mengapa?
kerana sedikitpun tidak aku menyangka, lelaki yang selama ini aku suka dan cinta, mampu membenci diri ini dengan sekelip mata! andai pernah ada cinta, mana mungkin kau mampu menuturkan kata2 keji semudah mengukir janji yang sekian lama terkubur tanpa nisan..
sedikit dendam tidak aku tanam kerana cinta itu tak perlukan paksaan namun satu pintaku wahai insan yang pernah bergelar teman,, sebenci manapun kau terhadapku,, tahan perasaan itu, jangan sampai semua orang tahu, sesungguhnya aku malu!!!!

No comments:

Post a Comment