aku tidak perlu memberi makna sayang kerana setiap manusia itu akan sentiasa merasa sayang, namun cara manusia meluahkan perasaan sayang itu penting untuk aku bahaskan..
sayang itu sebuah perasaan terpendam yang memaksa manusia beraksi melakonkan sayang dalam bentuk perbuatan.. manusia sering menyalahkan perasaan sayang namun kenyataannya, sayang tak berdosa sebaliknya manusia yang silap melakonkan sesebuah cerita..
cerita kita : layakkah kau mengakui SAYANG setelah kau menikamku dari belakang?? mengapa manusia salah mentafsir sayang itu perlukan kongkongan?? atau aku yang salah kerana menyangka sayang itu suatu KEBEBASAN!!
aku tidak patut pertikaikan erti sebenar sayang kerana sayang itu pasti, cuma kau yang mengaburi..kau memadam titik demi titik bait-bait sayang antara kita, kau membalas sayang itu dengan sebuah keputusan yang membuat aku lebih kehausan, atau mungkinkah kau mengharapkan aku selepas ini mati kelaparan?? aku tahu kau tak sekejam itu, kau sayang namun kau curang!kau khianati aku dengan sebuah kongkongan, menyekat aku dengan penjara kebebasan..
teman, kawan, sahabat..
sayang tak perlukan paksaan kerana keikhlasan sebuah SAYANG itu adalah menerima seseorang apa adanya, dan jangan sesekali memaksa merubah manusia biasa menjadi sempurna dimata kita!!
***kerana SAYANG seorang sahabat, aku dipagari KASIH yang kian membuat aku cuak!!