snow

Friday, 27 September 2013

sEbaris kata bErmakna..

blog yang tidak lagi nyaman dipandang, sunyi tanpa nyanyian kegembiraan, dan bisu dek lelah ketandusan..
aku cuba mengumpul segengam semangat yang tersimpan dicelah-celah cebisan kekalahan untuk aku menyuarakan tangisan dan kekesalan yang kian lama aku pendam.. dalam kekalahan, aku cuba bangkit mencari sebuah semangat baru, menerima setiap kritikan sebagai satu pedoman namun mencari semagat bukanlah suatu perkara yang mudah tapi aku sedar ianya tidaklah payah.. aku adalah peserta dalam sebuah pertandingan yang diadili dengan cukup hemah dan terkesan, aku gagal ke garisan penamat bukan kerana aku menyerah tetapi aku diserah.. nyata! aku bukanlah peserta yang dikehendaki!!

kisah aku : manusia tidak pernah puas dengan segala yang dimiliki.. ada ketika kita merasa cuak bila disayangi, apalagi sekiranya kita dibenci..namun, kenyataannya hidup tak lari dari merasa sayang dan dibenci.. kisah aku, punya teman yang menyayangi namun aku membalasnya dengan perasaan benci!maaf teman kerana aku anggap kau sebagai lawan.. kau bukan teman dengan tingkahmu yang sedemikian, kau menambahkan lagi bebananku... aku tak betah dikongkong dan dihimpit berterusan kerana aku merpati bebas yang senang terbang diawangan, tidak sama sekali enak dipenjara disangkar emas yang kau banggakan.. 

jangan memaksa dalam terpaksa
tak ingin dipenjara


No comments:

Post a Comment