snow

Tuesday, 10 September 2013

cinta Perfume..

WHY MUST LOVE BE EQUATED WITH PERFUME ( Enchanteur ) ???

mencari cinta semudah mencari perfume dipasaraya namun persoalannya mampukah kita membayar nilaian harganya?? setiap cinta juga berharga, sekali kita sudah terjebak dalam cinta kita harus membalas cinta yang kita terima, jangan kita mendapatkan cinta kerana kekosongan jiwa atau saja-saja sebaliknya bercintalah setelah kita siap dan sedia..
ada ketika, kita menerima cinta sementara hati berteriak hiba. kita belum bersedia namun mengapa kita menyambut salam darinya?? itulah manusia, sering saja silap dan alpa dalam menilai erti sebenar cinta.. manusia khilaf kerana tergoda, berfikir sejenak tanpa menggunakan akal dengan sempurna dan akhirnya manusia kecewa kerana ternyata tiada lagi sisa cinta yang dirasa..
sama seperti perfume dipasaraya, dek tergoda dengan keelokan parasnya, kita mencuba meskipun harganya berjuta. kita mungkin suka pada harumannya, namun kekalkah ia pada kita??
haruman itu sementara!!begitulah cinta sekiranya ia hadir dikala hati belum bersedia..

" cinta itu seperti belayar dilautan, harus dilengkapi dengan segala persiapan"

2 comments:

  1. cinta tu seperti pisau...bila terluka sakitnya xtertanggung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dear.. namun luka kerana cinta lebih bisa kerana lukanya berparut dan mampu berdarah semula..

      Delete