snow

Monday, 16 September 2013

cintaAbadi cintaHakiki..

"cinta itu seperti belayar dilautan, harus dilengkapi dengan segala persiapan"





bermula dari mencari cinta,kita harus bersedia dengan segala kemungkinan yang tiba kerana cinta itu perlukan persiapan, entahkan ombak, ribut mahupun taufan bakal mengundang tak sama sekali mampu kita teka dalam melayari arus percintaan.. sekiranya nakhoda yang dipandu tidak utuh, sekali ribut melanda sudah cukup merosakkan layarnya.jadi, bersiap sedialah dengan nakhoda yang siap untuk memerangi arus lautan yang deras dan gulita saat malam tiba..
namun sesekali pelayaran hilang arah tujuan, pandanglah keatas dan ingatlah bahawa Allah senantiasa bersama kita dalam apa jua keadaan.. cinta manusia tak berkekalan namun cinta pada yang maha pencipta, akan kekal berkekalan. oleh itu, jangan sesekali kita lupa pada maha pencipta sementara kita ghairah mengejar cinta manusia yang kadang kala menyesatkan kita untuk terus setia kepada-Nya.. masyaAllah..

"jadilah kapal yang sentiasa mencari jalan untuk meneruskan pelayarannya"

No comments:

Post a Comment