snow

Sunday, 3 November 2013

ayahTERCINTA..



 
AB LLAH YUSOF,
AYAH...

dia adalah insan teristimewa,
kelahiranku adalah dari benihnya,
dia adalah teman akrab ku bermanja,
dia adalah ayahku yang tercinta...
AYAH,
masihkah ayah ingat cerita kita,
saat dimana k.chik mula-mula belajar membaca,
ayah lah pendengar yang setia,
membaca k.chik dalam irama bernada...

hari ini, ayah mengingatkan k.chik tentang kita,
kisah cerita kita yang bahagia tak terhingga,
ayah merindukan saat k.chik belajar membaca,
pinta ayah,
bersajaklah sekali lagi didepan ayah tercinta...

kenangan suatu masa dulu yang k.chik sudah lupa,
kini ayah yang membuka cerita,
sayu pilu mengenang segalanya,
wahai ayah yang kucinta...

ayah cukup berbangga,
menyatakan bakat anakanda tercinta,
terima kasih ayah untuk segalanya,
kerana masih ingat kenangan kita....
***ayah seorang ayah yang baik buat k.chik, terima kasih ayah...

INSAN KE3..

sayang,
siapakah aku dimatamu?
siapakah dia pada hidupmu?

persoalannya, bukanlah siapa dia,
tapi kamu...
dia peneman sepimu,
dia pembakar semagatmu,
dia teman akrabmu,
dia,dia dan selalunya dia dalam hidupmu...
nyata aku cemburu,
cemburuku bukan kerana kecuranganmu,
cemburuku kerana siapalah aku...

sukar untuk dipertuturkan,
tapi aku tegas menyatakan,
memaksa kau meninggalkan,
dia didalam ingatan...
kejamkah aku?
kejamkah caraku?
namun,apakah hak aku?
segalanya kerana cemburu...

hati mana yang sanggup melihat kau bersamanya,
hati mana yang sanggup melihat kemesraan kau dan dia,
hati mana yang sanggup melihat kau yang dalam bahaya,
hati mana yang selamanya akan menahan duri asmara...

dia seperti api yang bercahaya,
namun maraknya menyakitkan kita jua,
puas aku bersabar atas segalanya,
kini, tolong tinggalkan dia....

***dia bukan sahaja perosak hidupmu, tetapi perosak hidup sesiapa sahaja yang bersamanya, sayang, tolong tinggalkan dia (ROKOK)...

orang ke3 percintaan kita!!

c1NTA..

cinta?
apakah cinta pada dasarnya, 
sebuah cinta pasti dihiasai pelbagai emosi,
masa menyedarkan kita,
menampakkan emosi yang dipendami,
bagaimana?
rasa sayang ini terpampar begitu jelas saat itu, hati aku mula sebak, sebak memikirkan sebuah ikatan yang belum jelas akar umbinya...
penjelasannya ada pada kami,tanpa kata yang berbicara, pandangan mata kita menjelaskan segalanya...
kini, bibir mula mengutur kata, menjelaskan cinta yang dirasa,namun, adakah ia dusta?
jawapannya ada pada kita...

LovE changE mE..

seharian termenung diruangan jendela,
melihat keindahan tuhan yang xterhingga,
segalanya indah dan sempurna,
cukup menenangkan hati yang sedang sengsara...
termenung aku bukanlah mengingati cinta lama,
termenung aku mengenangkan cinta kita,
mengapa perasaan cinta ini merubah segalanya,
merubah aku menjadi alpa...
alpa bukanlah pada yang esa,
namun alpa pada yang pemilik jiwa,
alpa aku menjadi pelupa,
lupa akan segala kenangan cinta kita...
aku menjadi lupa pada cinta mula2 kita,
aku menjadi lupa pada asal cinta kita,
mengapa?
adakah kerana kau milikku selamanya?
jawapannya bukan pada aku atau dia,
segalanya yang pasti ketentuan ILAHI...

bila AKU jatuh cinta..

aku mencari pasti, menjejak kebenaran cinta yang tulus murni... kemana lagi harus aku cari, kebenaran cinta yang hakiki... pada siapa harus aku cari?pada dia atau siapa2.... 
cinta benar-benar mengelirukan, kekadang dia begitu yakin mempamerkan cintanya namun kekadang spertinya aku bertepuk sebelah tangan... dimana nilai cinta kita?? aku tidak tersinggung namun mungkin aku yang berubah, aku mula bersikap egois , merasakan seolah-olah dia adalah milik aku selamanya.... dimana letaknya kebenaran semua ini???
aku perlukan jawapan yang hakiki, ikhlas dari hati, bukan lah ungkapan yang membasi.... 
aku bukanlah siapa2, namun yang aku punya, 1 nilai cinta...
mengharap cinta yang ada bersapa... mengharap kasih yang setia... mengharap cuma dia....
tapi, 
mungkinkah ini semua bakal berlalu pergi, pergi bersama angin yang berlalu...
mungkinkah semua ini berakhir sampai disini, di  sebuah titik noktah...
namun sekiranya ia berlalu,akanku ukir indah namamu bersama kenangan terindah......



permulaanPENGAKHIRAN..

cinta sesuatu yang sukar untuk difahami...
kerana cinta manusia boleh berubah
kerana cinta idup manusia bahagia
kerana cinta hati selalu tertawa
kerana cinta jiwa xlagi sengsara
namun,,,,
kerana cinta jualah idup berubah derita
kerana cinta jualah idup ilang serinya
kerana cinta jualah rindu yang kian membara
segalanya bermula dari satu perasaan yang digelar cinta
namun,
setiap permulaan ada akhirannya...
:apakah akhiran cinta kita?

bukanCINTAyangBUTA..

mengharap sebuah ikatan yang suci,berkekalan dan hakiki...
namun, percaya pada diri, tak semua yang berjaya merasai, bukan kerana cinta itu buta tetapi orang yang bercinta itu buta dalam menilai erti sebuah cinta... percintaan mampu melahirkan sebuah ikatan yang suci... namun, tanya pada diri, butakah kita dalam menilai cinta...??? nescaya, hati yang buta tidak mampu menilai kesucian cinta, oleh itu, kita harus celik...melihat apa yang ada disekeliling kita, hargailah apa yang dimiliki, peliharalah apa yang sepatutnya dan kenangilah apa yang telah pergi, berhenti mengharap sesuatu yang tidak pasti dan yang telah berlalu pergi... kini, lihat apa yang ada dihadapanmu, jangan sesekali toleh kebelakang kerana dibelakangmu yang tinggal hanya kekecewaan dan satu istilah digelar kenangan.....
kenangan bukanlah untuk dilupakan, namun harus diingati, kenangan kekadang terlalu menyakitkan, untuk itu, belajarlah menerima kenyataan, teruskan pandang ke hadapan, lihatlah kebahagiaan yang bakal mendatang... belajarlah untuk celik, melihat cinta, agar kesucian cinta tidak dibutakan oleh sang pencinta....
kesucian cinta....
bukan mudah untuk bercinta, namun tidak payah untuk kehilangan cinta... kerana, cinta bukanlah lahir dari sekeping hati, tapi sepasang hati yang tulus menyintai.... cinta tidak cukup, kerana perbezaan antara cinta dan kebencian, hanyalah seurat benang, sesekali benang itu terputus, cinta boleh merubah benci dan benci bisa merubah cinta....oleh itu, cinta haruslah berpada, begitu juga benci...kelak supaya cinta itu tidak memakan diri sekali gus membutakan kita.... apa yang penting, keserasian tika bersama, belajar menerima kelemahan yang ada antara satu dengan yang lain....cinta sememangnya sesuatu yang suci, oleh itu, jangan kotorinya dengan tangan kita sendiri... ingatlah..... cinta tak pernah buta....

FRENforEVER

sekadar berkongsi, sebuah persahabatan yang saling melengkapi...gelaran diberi,
chik, ama, anis, miejah, daa, yus, eda n lynn....
sebuah perkenalan yang terjalin diawal 2004... penuh suka duka dan gelak tawa, pelbagai pengalaman ditempuhi bersama...alangkah indahnya, persahabatan yang terjalin ditemukan oleh PSSPGM. PSSPGM memberi makna yang cukup besar buat kami. disitulah kami berkenalan, disitulah kami merempuh cabaran dan disitu jualah kami mencipta kenangan yang berjuta.... siapa menyangka, sebuah perkenalan biasa, mampu membina sebuah ikatan persahabatan selamanya (BFF_ best fren forever)....
 AMA: dia ibarat ibu buat kami, dialah tempat kami mengadu rasa, suka mahupun duka...sikap tenang dan bersahaja yang dimiliki nya membuatkan kami senang tika bersama... mummy, itulah gelaran yang diminati... banyak yang aku ingati,aku, dia dan mereka...itulah persahabatan kami...
ANIS: dia adalah dia, seorang yang nakal dan bersikap keanak-anakan..huhuhuhu, kelakar namun, itulah dia.. dia seorang teman yang sejati, dimana kita memerlukan pertolongan darinya, disitulah dia sentiasa ada..hatinya cukup mulia, terima kasih sahabatku, kenangan kita kan tetap bersama selamanya...
MIEJAH: dia seorang yang berperwatakan tegas, cukup sifat baiknya namun harus hati-hati, jangan salah menilai kebaikan nya , kelak mengundang kemurkaan.itulah dia, seorang yang tegas namun mampu menghiburkan sesiapa yang mengenalinya, seorang yang baik dan menjaga hati. aku masih ingat kenangan itu, kenangan cerita kita diawal perkenalan kita. persahabatan yang bermula dari sikap baik aku yang mampu mencuit hatimu temanku....
DAA: dia adalah teman kita,apa pun sikapnya, aku tetap merasa bangga, meskipun dia seorang yang sombong dimata yang lain, namun aku tahu, dia seorang yang baik lahiriahnya. aku dan dia pernah bertengkar satu ketika dahulu, semuanya demi aku mempertahankan miejah, masih aku ingat detik itu, ketika kita sedang mengikuti lawatan bersama. apa pon, aku merasa bangga, pertengkaran kita sementara cuma, kita bersama kembali, atas ikatan teman sejati..masihkah ingat detik itu...??
YUS: dia adalah seorang yang nakal, bising dan kalot..huhuhuhu, sikap dia mencuit hati setiap yang mengenalinya.kenangan bersama dia banyak yang tercipta,ingat lagi, kenangan makan aiskrim bersama-sama, manisnya detik itu, hanya kita yang mampu rasainya..dia adalah temanku, dia miliki sifat keibuan, hatinya mudah tersentuh, dan jiwanya menyimpan seribu keinginan.
EDA: seorang yang bersahaja, miliki hati yang polos dan keras orangnya, namun, hanya kami yang mengenali dia, jiwanya selembut kapas pada realitinya. dia seorang yang serius namun nakalnya tetap ada bila bersama.aku masih ingat kenangan kita, gambar-gambar buat tatapan bersama,segalanya hanya kita yang tahu, aku, dia dan mereka...selamanya...
LYNN: dia adalah seorang yang berbeza antara kami, seorang yang cukup sensitif, namun kedegilan nya melampaui yang lain. aku masih ingat, saat kita sama-sama bermandikan tangisan saat meluahkan rasa hati yang cukup lama terpendam, aku masih ingat detik itu, dulu, kini dan selamanya kerana detik itu bakal menjadi kenangan pahitmanis kita bersama,... kasih sayang antara kita...
 Terima kasih sahabatku... semoga ikatan persahabatan ini akan terjalin selamanya.....
 I LOVE YOU ALL

notyGIRL..

NURUL HUSNA.........
  • seorang gadis yang degil, susahnya nak dengar arahan, suka sangat bagi alasan..eeee, teruk lol...
  • bukan 2 aje, seorang gadis yang pemalas, punya la pemalas dia, nak jalan makan pon xnak, better lapar..hahhaha, dasyat sangat ni...
  • xcukup dengan itu, manja sangat la dia ni, sikit-sikit nak nangis, arghhhhh, tension ler, manja....
  • ada lagi, dia ni garang semacam aje, garang macam harimau, lau dah kena marah dek dia, memang terasa ke lubuk hati la,,, perghhhhhhhh
  • lagi-lagi, dia ni nakal sangat, suka sangat main-main, nakal nya, kekadang buat orang naik semak agaknya,notyyy... saje buat orang marah... 
  • lagi lagi lagi, dia ni suka membantah, degil satu hal, suka membantah la plak, setiap yang orang cakap, xder nya nk didengar, semua nak bantah, itu salah la, ini salah la...adoiii, penat lol...
  • ada lagi kot, dia ni teruk..sikap dia...ya allah, teruk habis ler..hahahaha
TAPI,,,
manusia boleh berubah kan?dia pon ada keinginan tuk berubah, hanya tunggu masa dan ketika, tapi, dia dah mula untuk berubah sedikit demi sedikit, moga-moga berjayalah dia ni... hihihhihi, siapa dia 2?hahahaha... rahsia ler.....huhuhuhuhuhu


haa, ni la dia gadis yang diceritakan..ala comey2..hahahha tapi mcm cam jer, sape ya?hahahhahahaha

cintaITU

cinta...
satu perasaan yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, namun, dapat dirasai oleh semua... cinta sesungguhnya sesuatu yang sangat unik, kerana cinta mampu merubah keruh menjadi jernih, merubah suram menjadi sinar, merubah sepi menjadi girang..
perasaan cinta tidak hadir mengikut kemahuan dan keperluan kita namun cinta adalah saling melengkapi, tanpa cinta, hidup bagaikan kupu-kupu yang hilang sayapnya..
kisah cinta bukan 1, namun beribu tetapi, ada satu cinta yang abadi...

Saturday, 2 November 2013

wanitaLELAKI

aku hanya memerhati dan menghayati tanpa sedikit pun aku membaja tanamanku yang kian kusam dek ketandusan..
melihat tanpa berbuat apa-apa kekadang lebih bijak dari bertindak tanpa sesekali melihat..
aku tidak terlalu bodoh untuk terusan percaya segala pujian dan tipuan insan yang bergelar "jantan", satu kata yang keras, namun banyak dan sering sekali kata ini dituturkan.. mengapa??
kerana banyak insan juga terhasut, terdaya dengan kata-kata insan yang bergelar "jantan"..
namun, aku menulis bukan kerana diriku, aku menulis mewakili wanita diseluruh alam maya! 
kisah demi kisah yang aku dengar, ternyata karut belaka! namun masih jua aku percaya kerana aku tahu akan hebatnya cinta itu bisa melangkaui segala-galanya, sesekali kita dilamun ombak cinta, pasti kita kembali dan pergi lagi meninggalkan daratan yang setia didepan mata.. 
pasti ramai yang menyangka, aku bias gander!! aku menulis mewakili wanita namun mungkin satu masa yang lain, aku menulis mewakili lelaki, kerana aku yakin,, cinta tak cuma mengkhianati wanita,..