mengharap sebuah ikatan yang suci,berkekalan dan hakiki...
namun, percaya pada diri, tak semua yang berjaya merasai, bukan kerana cinta itu buta tetapi orang yang bercinta itu buta dalam menilai erti sebuah cinta... percintaan mampu melahirkan sebuah ikatan yang suci... namun, tanya pada diri, butakah kita dalam menilai cinta...??? nescaya, hati yang buta tidak mampu menilai kesucian cinta, oleh itu, kita harus celik...melihat apa yang ada disekeliling kita, hargailah apa yang dimiliki, peliharalah apa yang sepatutnya dan kenangilah apa yang telah pergi, berhenti mengharap sesuatu yang tidak pasti dan yang telah berlalu pergi... kini, lihat apa yang ada dihadapanmu, jangan sesekali toleh kebelakang kerana dibelakangmu yang tinggal hanya kekecewaan dan satu istilah digelar kenangan.....
kenangan bukanlah untuk dilupakan, namun harus diingati, kenangan kekadang terlalu menyakitkan, untuk itu, belajarlah menerima kenyataan, teruskan pandang ke hadapan, lihatlah kebahagiaan yang bakal mendatang... belajarlah untuk celik, melihat cinta, agar kesucian cinta tidak dibutakan oleh sang pencinta....
kesucian cinta....
bukan mudah untuk bercinta, namun tidak payah untuk kehilangan cinta... kerana, cinta bukanlah lahir dari sekeping hati, tapi sepasang hati yang tulus menyintai.... cinta tidak cukup, kerana perbezaan antara cinta dan kebencian, hanyalah seurat benang, sesekali benang itu terputus, cinta boleh merubah benci dan benci bisa merubah cinta....oleh itu, cinta haruslah berpada, begitu juga benci...kelak supaya cinta itu tidak memakan diri sekali gus membutakan kita.... apa yang penting, keserasian tika bersama, belajar menerima kelemahan yang ada antara satu dengan yang lain....cinta sememangnya sesuatu yang suci, oleh itu, jangan kotorinya dengan tangan kita sendiri... ingatlah..... cinta tak pernah buta....
No comments:
Post a Comment