snow

Saturday, 2 November 2013

wanitaLELAKI

aku hanya memerhati dan menghayati tanpa sedikit pun aku membaja tanamanku yang kian kusam dek ketandusan..
melihat tanpa berbuat apa-apa kekadang lebih bijak dari bertindak tanpa sesekali melihat..
aku tidak terlalu bodoh untuk terusan percaya segala pujian dan tipuan insan yang bergelar "jantan", satu kata yang keras, namun banyak dan sering sekali kata ini dituturkan.. mengapa??
kerana banyak insan juga terhasut, terdaya dengan kata-kata insan yang bergelar "jantan"..
namun, aku menulis bukan kerana diriku, aku menulis mewakili wanita diseluruh alam maya! 
kisah demi kisah yang aku dengar, ternyata karut belaka! namun masih jua aku percaya kerana aku tahu akan hebatnya cinta itu bisa melangkaui segala-galanya, sesekali kita dilamun ombak cinta, pasti kita kembali dan pergi lagi meninggalkan daratan yang setia didepan mata.. 
pasti ramai yang menyangka, aku bias gander!! aku menulis mewakili wanita namun mungkin satu masa yang lain, aku menulis mewakili lelaki, kerana aku yakin,, cinta tak cuma mengkhianati wanita,..


 

No comments:

Post a Comment