sayang,
siapakah aku dimatamu?
siapakah dia pada hidupmu?
persoalannya, bukanlah siapa dia,
tapi kamu...
dia peneman sepimu,
dia pembakar semagatmu,
dia teman akrabmu,
dia,dia dan selalunya dia dalam hidupmu...
nyata aku cemburu,
cemburuku bukan kerana kecuranganmu,
cemburuku kerana siapalah aku...
sukar untuk dipertuturkan,
tapi aku tegas menyatakan,
memaksa kau meninggalkan,
dia didalam ingatan...
kejamkah aku?
kejamkah caraku?
namun,apakah hak aku?
segalanya kerana cemburu...
hati mana yang sanggup melihat kau bersamanya,
hati mana yang sanggup melihat kemesraan kau dan dia,
hati mana yang sanggup melihat kau yang dalam bahaya,
hati mana yang selamanya akan menahan duri asmara...
dia seperti api yang bercahaya,
namun maraknya menyakitkan kita jua,
puas aku bersabar atas segalanya,
kini, tolong tinggalkan dia....
.jpg)
No comments:
Post a Comment